Tuesday, April 20, 2010

aku...

Kini yang berbicara di ruangan ini adalah diriku sendiri, iaitu seorang insan yang diberi nama Mohd Azizul oleh kedua ibu bapanku yang dilahirkan di muka bumi ini pada tanggal 2 April 1989..

Ramai orang menggelarkan diriku dengan pelbagai nama pena seperti zul, ejoy, e, azi dan sebagainya namun AKU TETAP AKU, insan Yang bernama Mohd Azizul..

Hadirnya diriku di dunia yang sementara ini adalah menunaikan tanggungjawabku sebagai seorang Hamba Allah, seorang anak kepada ibu bapaku, seorang adik kepada abang-abangku, seorang abang kepada adikku, seorang teman pada sahabat-sahabat dan teman-temanku dan juga seorang kekasih hati pada salah seorang dari Kaum Hawa.

Kehidupan seharianku dari dulu saat aku masih lagi belajar menapak berjalan hingga kini saat aku menginjak dewasa banyak mengajarku menjadi insan yang matang dalam menghadapi pancaroba kehidupan yang penuh dengan tanggungjawab. Namun semuanya tidak menjadi keluhanku kerna ku tahu setiap insan ada cabaran yang tersendiri.

Diriku jua seorang yang terlalu menjaga perasaan orang lain sehingga terlupa pada perasaan sendiri. Seringkali diriku mematikan kebahagiaan demi melihat senyuman di wajah-wajah insan yang rapat dalam kehidupanku. Biarlah di suatu hari nanti ketika aku kembali pada-Nya, diriku mampu meninggalkan memori yang bisa mengukir senyuman di wajah mereka dan bukannya memori yang bisa buat mereka berendam air mata..

Kini diriku merupakan seorang pelajar sepenuh masa didalam jurusan "Professional Diploma in Culinary Art" di Open University Malaysia yg ditaja sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia.

Cita-citaku ingin menjadi salah seorang Chef yang berjaya dalam apa jua bidang tugas dan juga seorang usahawan yang berjaya pada suatu hari nanti.Insyaallah akan kuukirkan senyuman kegembiraan di wajah ibu dan ayahku dengan kejayaanku.


Akhir kata, diriku sememangnya berani berjanji untuk menyatakan bahawa ketika ku berada di puncak kejayaan, diriku tidak sesekali akan melupakan semua insan yang hadir dalam hidupku dari dulu, kini dan selamanya kerana tanpa insan-insan yang kusayangi ini tidak mungkin ku berjaya menggapai bintang mencipta kejayaan. Percayalah bahawa diriku tidak sesekali pernah terfikir untuk mengetepikan keluarga, cinta dan sahabat kerana bagiku mereka inilah NADI KEHIDUPANKU...t'utamanya insan yg kini baru hadir dlm hidupku..thankz..

Salam Ukhwah Buat Semua Teman-temanku yang Baru dan lama..;)

No comments:

Post a Comment